29 Mac, 2010

22 Mac, 2010

NIQAB


1. Permasalahan pemakaian niqab/purdah bagi wanita adalah merupakan perselisihan dalam perkara cabang (furu') di dalam perbahasan hukum. Berikut adalah kesimpulan pandangan para fuqaha terhadap masalah pemakaian niqab/purdah:
Mazhab Hanafi: Wajah dan pergelangan tangan bukanlah aurat tetapi diharamkan bagi lelaki ajnabi untuk melihatnya apabila disertai dengan syahwat.
Mazhab Maliki: Wajib bagi seorang wanita untuk menutup muka dan pergelangan tangan apabila berada bersama lelaki ajnabi
 Mazhab Syafi`e: Tidak wajib menutup muka dan pergelangan tangan. Namun pandangan muktamad di sisi Mazhab Syafi`e adalah wajib menutup muka dan pergelangan tangan.


Mazhab Hambali: Wajib menutup muka dan pergelangan tangan.

19 Mac, 2010

RESAH


Ya Ilahi,

Kini aku resah,

Aku takut tidak di berada landasanMu,

Aku resah pabila menerima hidayahMu,

Tetapi tanpa petunjuk dariMu,


Aku buntu mencari sinar jalanMu,

Aku hilang arah tuju tanpa bimbinganMu,


Ya Rabb,

Aku sujud kepadaMu,

Aku mohon kepadaMu,

Tunjuki aku jalan yang lurus,

Jalan yang boleh menemukan aku kepada kekasihku,


Ya Allah,

Jadikan hidup & matiku hanya untukMu,

Petahkan lidahku terus memujiMu,

Matikan aku dalam islam & keimanan kepadaMu,

Biar nafas terakhirku menyebut khalimahMu,

Aku bersungguh hanya merinduiMu & kekasihMu


Ya Rahman,

Limpahan RahmatMu melebihi segala-galanya,

Aku merayu & terus memohon ampuni hambaMu yg daif ini,

Aku mengharapkan redha & rahmatMu mengiringi ku....Amin Ya Rabbal Alamin.





18 Mac, 2010

KELEBIHAN BERFIKIR


Ketahuilah bahawa setiap sesuatu itu ada penyakitnya & setiap penyakit itu ada pula ubatnya.Penyakit hati ialah "LALAI" & ubatnya ialah berfikir,kerana berfikir itu menerangkan mata hati yang dengannya dapat dilihat kebaikan & keburukan,yang bermanfaat & yang mudharat. Setiap hati yang tidak berfikir itu menjadi rumah syaitan. Sesungguhnya lalai itu ialah pedang syaitan & amat derita sesiapa yang terjatuh di atasnya.Takutilah kelalaian kerana dari kelalaian itu lahir 7 perkara.Antaranya:


1. Cintakan kemuliaan

2.Cintakan kekayaan

3.Cintakan kerajaan

4.Cintakan pakaian

5.Cintakan seisi rumah

6.Cintakan kekenyangan

7. Cintakan tidur


Setiap satunya mengandungi cabang-cabang yang amat banyak.Nabi s.a.w bersabda "Ertinya:"Yang paling hampir di antara kamu kepadaku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berlapar dan banyak berfikir akan Allah Ta'ala."


Miqdat bin Al-Aswad berkata : Aku telah masuk menemui Abu Hurairah r.a dan mendengarnya menyebut sabda Nabi s.a.w:"Berfikir satu saat itu lebih afdhal daripada ibadat setahun.".Kemudian aku masuk menemui Ibnu Abbas r.a & mendengarnya menyebutkan sabda Nabi s.a.w:"Berfikir satu saat itu lebih afdhal daripada ibadat 70 tahun.". Kemudian aku masuk menemui Nabi s.a.w & aku memberitahukan baginda mengenainya. Lalu Baginda s.a.w bersabda :"Benar kata-kata mereka panggillah mereka menemuiku." Maka aku pun memanggil mereka.Nabi s.a.w pun bertanya kepada Abu Hurairah r.a tentang apa apa yang difikirkannya. Abu Hurairah r.a menjawab:"aku memikirkan tentang 7 petala langit & bumi." Nabi s.a.w bersabda "fikirmu kepada semua itu lebih afdhal daripada Ibadat setahun." Dan Baginda s.a.w terus bersabda :"Diturunkan ayat Al-Quran kepadaku,rugilah sesiapa yang membacanya tetapi tidak memikirkan tentangnya." Didalam satu riwayat disebut "Rugilah ia." dan diulang-ulang sebutannya sehingga sepuluh kali iaitulah ayat: Ertinya :"Sesungguhnya didalam kejadian 7 petala langit & bumi & perbezaan malam & siang ada tanda-tanda kesempurnaan qudrat Allah Ta'ala bagi orang yang berakal (iaitu kejadian tersebut bukan sia-sia sahaja)." (Ali Imran :190)


Kemudian Nabi s.aw. bertanya kepada Ibnu Abbas r.a tentang apa yang difikirkannya dan beliau telah menjawab: "Aku memikirkan tentang mati & kejadian fitnah huru hara." Nabi s.a.w pun bersabda:"Fikiranmu itu lebih afdhaldaripada ibadat 70 tahun.


Kedua-dua hadis ini tidak bercanggah kerana perbezaan fikiran itu.Ibrahim bin Adham berkata berfikir itu ada tiga (3) bahagian:


Pertama : Berfikir tentang segala ciptaan Allah Ta'ala & menjadikannya sebagai dalil kewujudan Allah Ta'ala.Inilah tugas para Ulamak.


Kedua : Berfikir mengenai segala perkara yang halus & indah-indah dari segala ciptaan allah Ta'ala itu serta kelebihan segala nikmatnya iaitu kesyukuran kepada Allah Ta'la.


Ketiga : Berfikir mengenai segala amalan untuk mensucikannya daripada bercampur perasaan riya' & takabbur yang merosakkan perilaku golongan Abidin.


Fudhail Rahimahullahu Ta'ala berkata :"Fikir itu ialah cermin hati yang mana melaluinya anda melihat segala kebaikan & keburukan dan anda melihat mana yang bermanfaat & mana yang mudharat."



17 Mac, 2010

KELAHIRAN INSAN AGUNG

Segala Pujian bagi Allah Tuhan Sekalian Alam.Selawat & Salam buat Junjungan Nabi Muhammad s.a.w.

Walaupun semalam Rabiul' Awal telah melabuhkan tirainya. Masih lagi segar dijiwa kelahiran insan agung dan mulia. 12 Rabiul'Awal 1431H...tarikh yg bermakna buat seluruh ummat islam meraikan Maulid Nabi kita Rasulullah s.a.w. Saya telah mengikuti Majlis Minggu Penghayatan Maulidur Rasul diMasjid2 daerah Temerloh,Pahang yang telah diPengerusikan oleh Ustaz Syed Ibrahim Bin Syed Ahmad.Majlis diserikan dengan bacaan selawat keatas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w juga alunan Qasidah-qasidah memuliakan baginda s.a.w. Selingan dari anak2 kecil mendendangkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan menyampaikan sirah-sirah Rasulullah s.a.w. Cara sebegini dapat memberi manfaat pada anak2 juga ibubapa dalam meningkatkan ukhuwah dan menambah ilmu tentang perjalanan hidup Rasulullah s.a.w. serta menjadikan ia contoh dan ikutan terbaik buat kita & anak2. Anak2 begitu taksub untuk lebih mengetahui tentang sirah2 baginda yang terpuji dan mula merasa cambahnya RINDU & CINTA kepada Rasulullah s.a.w.
Hari ini marilah kita merenung sifat-sifat Nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Bagaimanakah sifat yang beliau tunjukan semasa bersama dengan isteri dan para sahabat yang lain. Bagaimana sabarnya beliau dalam menghadapi liku-liku kehidupan semasa. Mari kita semua mengikuti jejak-jejak dan juga perbuatan-perbuatan yang beliau tunjukkan buat panduan hingga akhir zaman.
Disebalik Kehidupan insan bernama: “Muhammad”
1. Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah s.a.w menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya.
2. Baginda s.a.w juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.
3. Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyingsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur.
4. Sayidatina 'Aisyah menceritakan:
”Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.
5. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pulang kembali sesudah selesai sembahyang."
6. Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada karana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang berarti 'Wahai yang kemerah-merahan') Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah."
Rasulullah lantas berkata, ”Kalau begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.
7. Pernah baginda bersabda,
"sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya." Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda sebagai kepala keluarga.
8. Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang :
"Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?" "Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sehat dan segar" "Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergesekan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.
Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya.
Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda. "Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?" Lalu baginda menjawab dengan lembut,”Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?" "Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."
9. Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor.
10. Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya.
11. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencingi si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu. Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ketuanan.
12. Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH tidak dijadikan sebab untuk merasa lebih dari yang lain, ketika di depan umum maupun dalam keseorangan.
13. Ketika pintu Syurga telah terbuka, seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah, hingga pernah baginda terjatuh, lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak. Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah,
"Ya Rasulullah, bukankah engkau telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?"
Jawab baginda dengan lunak,
"Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."
14. Rasulullah s. a. w. bersabda,
"Sampaikan pesanku walau sepotong ayat"
Moral cerita:
Bila kita renung sifat-sifat beliau ini. Sabar adalah kunci kepada seluruh perbuatan beliau, dalam ayat al-Quran Surah Al-Asr ayat 1-3 berbunyi: Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal salih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran. Dengan itu bersabar dan berlemah lembutlah terhadap semua insan agar kita dapat mengekalkan perhubungan sesama manusia (Habblum minan nas).

16 Mac, 2010

SESOSOK TUBUH NAN MULIA

Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keislaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah.- Aku melihat cahaya dari lidahnya..- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah kamu melihat matahari terbit. - Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan. - Rasulullah umpama matahari yang bersinar.- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama.- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat. - Wajahnya seperti bulan purnama. - Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah ditengahnya.- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.- Mata baginda hitam,dengan bulu mata yang panjang.- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut. - Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.- Mulut baginda sederhana luas dan cantik. - Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan. - Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya. - Janggutnya penuh dan tebal menawan. - Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. Warna lehernya putih seperti perak sangat indah. - Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya. - Rambutnya sedikit ikal. - Rambutnya tebal kadang-kadang menyentuh pangkal telinga dan kadang-kadang mencecah bahu tapi disisir rapi.- Rambutnya terbelah di tengah. - Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.- Dadanya bidang dan selaras dengan perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih daripada biasa.- Seimbang antara kedua bahunya. - Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dengan cantik.- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut. - Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. Kakinya berisi tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.- Warna kulitnya tidak putih seperti kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih. - Warna putihnya lebih banyak.- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.- Warna kulitnya putih tapi sihat.- Kulitnya putih lagi bercahaya. - Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh. - Badannya tidak gemuk. - Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.- Perutnya tidak buncit.- Badannya cenderung kepada tinggi,semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi daripada mereka.Demikianlah sesosok tubuh nan mulia milik Nabi Muhammad s.a.w ~ manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman. Semulia-mulia insan di dunia...Pernahkah kita terfikir betapa saat akhir hayat Rasulullah mengingatkan kita semua betapa mendalamnya cinta baginda terhadap umatnya...Wahai ALLAH, izinkan hambamu ini menukil kembali kenangan itu....Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya.Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"."Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,"tutur Fatimah lembut.Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah. Fatimah pun menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut bersama menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini."Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?"Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah."Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua surga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi."Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?""Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan surga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang."Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat gerangan maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. " Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya (lantas terdengar Rasulullah berkata:)"Uushiikum bis-shalaati, wamaa malakat aimaanukum" (peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu)Di luar, pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan."Ummatii, ummatii, ummatiii!" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Semoga cinta kita pada Rasulullah adalah cinta yang abadi.

12 Mac, 2010

PETUA RESDUNG

PETUA RESDUNG 1
Petua Resdung yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat,bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.
PETUA RESDUNG 2
Setengah orang baik lelaki mahupun wanita ada antaranya menghadapi masalah bila bangun pagi selalu bersin yang sukar untuk diberhentikan. Maksudnya bersin tidak pernah berlaku sekali dua sahaja, sebaliknya beberapa kali hingga menimbulkan masalah pada anda. Untuk mengatasi masalah ini terlalu mudah iaitu dengan memasukkan air dingin (sejuk) kedalam hidung anda. Kemudian anda tumpahkan keluar semula. Ulangi beberapa kali nescaya bersin anda akan hilang.
PETUA RESDUNG 3
Ambil isi terung kemal dan amalkan memakannya atau ambil daun kacang kayu kemudian jemur sehingga kering dan dibuat hisap seperti rokok.Boleh juga amalkan mencium bunga daun bawang merah sentiasa.
PETUA RESDUNG 4
Hiris tiga biji bawang merah. Ambil dua helai daun sirih dan secubit biji sawi. Masukkan ke dalam bekas bersama air mendidih. Kemudian wapkan ke muka anda. Amalkan selalu.
PETUA RESDUNG 5
Resdung di muka - Wapkan wajah dengan air rebusan jintan hitam.
PETUA RESDUNG 6
Akar bunga melur boleh di jadikan penawar resdung.Cabut Pokok ni dan keringkan akarnya. Lepas tu bakar dan hidu akarnya,bagi pesakit resdung akan berasa pedas pada hidung masa hidu akar pokok ni. Mata juga rasa pedih dalam masa yang sama. Amalkan beberapa kali dan boleh lihat kesannya lepas tu. Selain akar melur pokok bunga raya juga ada khasiat yang sama.
Resdung 7
DAUN pisang kelat amat berguna bagi memulihkan penyakit resdung. Daun pisang kelat ini di katakan mempunyai khasiat yang boleh membunuh kuman serta memulihkan rongga pernafasan. Cara memproses untuk di jadikan ubat adalah dengan mengeringkan daun ini selama beberapa hari sebelum di jadikan rokok daun atau di panggil rokok resdung. Asap yang di sedut dari rokok itu masuk ke saluran pernafasan bagi membasmi segala kuman yang berada di dalam hidung. Khasiat asap daun pisang kelat ini bukan saja membunuh kuman malah ia juga akan mengering dan memulihkan lapisan dalam hidung yang di dapati rasa gatal atau berair. Walau baunya agak keras tetapi mujarab untuk penyakit jenis ini. Manakala mereka yang tidak merokok pula terdapat cara kedua, Bakarkan daun pisang kelat itu ke dalam bekas sambil menutupnya. Apabila api yang membakar daun itu mulai padam hendaklah membuka penutupnya dan anda akan saksikan asap-asap daun itu berkepul-kepul keluar. Hendaklah menyedut asap-asap tersebut beberapa kali sehingga anda berasa lega.

CINTAKAN DUNIA


Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah s.w.t. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. Seorang sahabat