18 Mac, 2010

KELEBIHAN BERFIKIR


Ketahuilah bahawa setiap sesuatu itu ada penyakitnya & setiap penyakit itu ada pula ubatnya.Penyakit hati ialah "LALAI" & ubatnya ialah berfikir,kerana berfikir itu menerangkan mata hati yang dengannya dapat dilihat kebaikan & keburukan,yang bermanfaat & yang mudharat. Setiap hati yang tidak berfikir itu menjadi rumah syaitan. Sesungguhnya lalai itu ialah pedang syaitan & amat derita sesiapa yang terjatuh di atasnya.Takutilah kelalaian kerana dari kelalaian itu lahir 7 perkara.Antaranya:


1. Cintakan kemuliaan

2.Cintakan kekayaan

3.Cintakan kerajaan

4.Cintakan pakaian

5.Cintakan seisi rumah

6.Cintakan kekenyangan

7. Cintakan tidur


Setiap satunya mengandungi cabang-cabang yang amat banyak.Nabi s.a.w bersabda "Ertinya:"Yang paling hampir di antara kamu kepadaku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berlapar dan banyak berfikir akan Allah Ta'ala."


Miqdat bin Al-Aswad berkata : Aku telah masuk menemui Abu Hurairah r.a dan mendengarnya menyebut sabda Nabi s.a.w:"Berfikir satu saat itu lebih afdhal daripada ibadat setahun.".Kemudian aku masuk menemui Ibnu Abbas r.a & mendengarnya menyebutkan sabda Nabi s.a.w:"Berfikir satu saat itu lebih afdhal daripada ibadat 70 tahun.". Kemudian aku masuk menemui Nabi s.a.w & aku memberitahukan baginda mengenainya. Lalu Baginda s.a.w bersabda :"Benar kata-kata mereka panggillah mereka menemuiku." Maka aku pun memanggil mereka.Nabi s.a.w pun bertanya kepada Abu Hurairah r.a tentang apa apa yang difikirkannya. Abu Hurairah r.a menjawab:"aku memikirkan tentang 7 petala langit & bumi." Nabi s.a.w bersabda "fikirmu kepada semua itu lebih afdhal daripada Ibadat setahun." Dan Baginda s.a.w terus bersabda :"Diturunkan ayat Al-Quran kepadaku,rugilah sesiapa yang membacanya tetapi tidak memikirkan tentangnya." Didalam satu riwayat disebut "Rugilah ia." dan diulang-ulang sebutannya sehingga sepuluh kali iaitulah ayat: Ertinya :"Sesungguhnya didalam kejadian 7 petala langit & bumi & perbezaan malam & siang ada tanda-tanda kesempurnaan qudrat Allah Ta'ala bagi orang yang berakal (iaitu kejadian tersebut bukan sia-sia sahaja)." (Ali Imran :190)


Kemudian Nabi s.aw. bertanya kepada Ibnu Abbas r.a tentang apa yang difikirkannya dan beliau telah menjawab: "Aku memikirkan tentang mati & kejadian fitnah huru hara." Nabi s.a.w pun bersabda:"Fikiranmu itu lebih afdhaldaripada ibadat 70 tahun.


Kedua-dua hadis ini tidak bercanggah kerana perbezaan fikiran itu.Ibrahim bin Adham berkata berfikir itu ada tiga (3) bahagian:


Pertama : Berfikir tentang segala ciptaan Allah Ta'ala & menjadikannya sebagai dalil kewujudan Allah Ta'ala.Inilah tugas para Ulamak.


Kedua : Berfikir mengenai segala perkara yang halus & indah-indah dari segala ciptaan allah Ta'ala itu serta kelebihan segala nikmatnya iaitu kesyukuran kepada Allah Ta'la.


Ketiga : Berfikir mengenai segala amalan untuk mensucikannya daripada bercampur perasaan riya' & takabbur yang merosakkan perilaku golongan Abidin.


Fudhail Rahimahullahu Ta'ala berkata :"Fikir itu ialah cermin hati yang mana melaluinya anda melihat segala kebaikan & keburukan dan anda melihat mana yang bermanfaat & mana yang mudharat."



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ASSALAMMUALAIKUM...

~KEPADA SEMUA PENGUNJUNG BLOG INI THANX KRN SUDI MELAYARI BLOG INI & SUDI BERKONGSI BYK ILMU DISINI,MESEJ,MAKLUMAT & PELBAGAI LG.SEMOGA BLOG INI DAPAT MEMBINA SATU UKHUWAH YANG BAIK ANTARA KITA.
~ BLOG INI TIDAK AKAN MENERIMA SEBARANG MESEJ,MAKLUMAT @ APA2 RENCANA YANG BOLEH MENJEJASKAN MANA2 PIHAK.SEGALA MESEJ YANG MEMALUKAN @ APA YANG BERUNSUR TIDAK BAIK TIDAK DIBENARKAN.