17 Mac, 2010

KELAHIRAN INSAN AGUNG

Segala Pujian bagi Allah Tuhan Sekalian Alam.Selawat & Salam buat Junjungan Nabi Muhammad s.a.w.

Walaupun semalam Rabiul' Awal telah melabuhkan tirainya. Masih lagi segar dijiwa kelahiran insan agung dan mulia. 12 Rabiul'Awal 1431H...tarikh yg bermakna buat seluruh ummat islam meraikan Maulid Nabi kita Rasulullah s.a.w. Saya telah mengikuti Majlis Minggu Penghayatan Maulidur Rasul diMasjid2 daerah Temerloh,Pahang yang telah diPengerusikan oleh Ustaz Syed Ibrahim Bin Syed Ahmad.Majlis diserikan dengan bacaan selawat keatas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w juga alunan Qasidah-qasidah memuliakan baginda s.a.w. Selingan dari anak2 kecil mendendangkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan menyampaikan sirah-sirah Rasulullah s.a.w. Cara sebegini dapat memberi manfaat pada anak2 juga ibubapa dalam meningkatkan ukhuwah dan menambah ilmu tentang perjalanan hidup Rasulullah s.a.w. serta menjadikan ia contoh dan ikutan terbaik buat kita & anak2. Anak2 begitu taksub untuk lebih mengetahui tentang sirah2 baginda yang terpuji dan mula merasa cambahnya RINDU & CINTA kepada Rasulullah s.a.w.
Hari ini marilah kita merenung sifat-sifat Nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Bagaimanakah sifat yang beliau tunjukan semasa bersama dengan isteri dan para sahabat yang lain. Bagaimana sabarnya beliau dalam menghadapi liku-liku kehidupan semasa. Mari kita semua mengikuti jejak-jejak dan juga perbuatan-perbuatan yang beliau tunjukkan buat panduan hingga akhir zaman.
Disebalik Kehidupan insan bernama: “Muhammad”
1. Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah s.a.w menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya.
2. Baginda s.a.w juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.
3. Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyingsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur.
4. Sayidatina 'Aisyah menceritakan:
”Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.
5. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pulang kembali sesudah selesai sembahyang."
6. Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada karana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang berarti 'Wahai yang kemerah-merahan') Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah."
Rasulullah lantas berkata, ”Kalau begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.
7. Pernah baginda bersabda,
"sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya." Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda sebagai kepala keluarga.
8. Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang :
"Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?" "Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sehat dan segar" "Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergesekan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.
Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya.
Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda. "Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?" Lalu baginda menjawab dengan lembut,”Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?" "Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."
9. Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor.
10. Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya.
11. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencingi si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu. Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ketuanan.
12. Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH tidak dijadikan sebab untuk merasa lebih dari yang lain, ketika di depan umum maupun dalam keseorangan.
13. Ketika pintu Syurga telah terbuka, seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah, hingga pernah baginda terjatuh, lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak. Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah,
"Ya Rasulullah, bukankah engkau telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?"
Jawab baginda dengan lunak,
"Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."
14. Rasulullah s. a. w. bersabda,
"Sampaikan pesanku walau sepotong ayat"
Moral cerita:
Bila kita renung sifat-sifat beliau ini. Sabar adalah kunci kepada seluruh perbuatan beliau, dalam ayat al-Quran Surah Al-Asr ayat 1-3 berbunyi: Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal salih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran. Dengan itu bersabar dan berlemah lembutlah terhadap semua insan agar kita dapat mengekalkan perhubungan sesama manusia (Habblum minan nas).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ASSALAMMUALAIKUM...

~KEPADA SEMUA PENGUNJUNG BLOG INI THANX KRN SUDI MELAYARI BLOG INI & SUDI BERKONGSI BYK ILMU DISINI,MESEJ,MAKLUMAT & PELBAGAI LG.SEMOGA BLOG INI DAPAT MEMBINA SATU UKHUWAH YANG BAIK ANTARA KITA.
~ BLOG INI TIDAK AKAN MENERIMA SEBARANG MESEJ,MAKLUMAT @ APA2 RENCANA YANG BOLEH MENJEJASKAN MANA2 PIHAK.SEGALA MESEJ YANG MEMALUKAN @ APA YANG BERUNSUR TIDAK BAIK TIDAK DIBENARKAN.